Tafsir Surah An-Nisaa 4:83

﴿وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا﴾

Terjemahan makna

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

Malay Translation - Abdullah Basumayyah — v1.0.0 · QuranEnc.com

Kata-kata kedua-dua imam dipaparkan dalam bahasa Arab asal, kata demi kata, berserta rujukan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah

Apa yang beliau nukilkan daripada orang lain

جماعة من أهل العلم أقرّه «إن {قليلا} عائد إلى قوله: {وإذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به} {إلا قليلا}»«مجموع الفتاوى» 31/162
Buka dalam tafsir interaktif (teks penuh)
Ayat sebelumnya (4:82)Ayat seterusnya (4:84)